Friday, February 26, 2016

TRIP KE PULAU BOHEY DULANG-SIBUAN 24 FEB 2016

Bohey Dulang merupakan salah satu destinasi yang berada dalam senarai saya. Sudah lama saya berangan-angan untuk sampai ke situ. Melalui gambar-gambar yang kawan saya post di fb,blog,dsb,saya sangat tertarik dengan keindahan gugusan pulau tersebut.

Pulau Bohey Dulang terletak 23km dari Bandar Semporna. Perjalanan menggunakan bot laju adalah mengambil masa 30 hingga 40 minit bergantung kepada keadaan laut. Jika ombak kuat maka perjalanan akan mengambil masa yang lama.
Gugusan Pulau Bohey Dulang dan Bodgaya kelihatan berbentuk ladam kuda dari atas. 

Kami bertolak dari Jeti Pelancong di Kampung Bangau-bangau pada jam 10.15 pagi. Ketibaan kami di jeti Pulau Bohey disambut dengan suasana bingit dari pelancong lain yang agak ramai pada hari tersebut.

Laluan ke pejabat resepsi

Bukit yang perlu didaki terletak di sebelah kiri



Kami terpaksa menunggu seketika untuk memberi laluan kepada pelancong yang terdahulu untuk mendaftar. Untuk menikmati pemandangan di sekitar pulau, kita perlu mendaki bukit setinggi 600m. Trek pendakian difahamkan lebih mudah berbanding dahulu,tangga sudah disediakan dengan trek yang lebih senang tanpa pendakian curam. 

Sebelum pendakian bermula,kakitangan dari Taman-taman Sabah memberikan sedikit taklimat. Untuk yang mempunyai masalah kesihatan adalah dinasihatkan untuk tidak mendaki. Masa pendakian biasa adalah sekitar 40 minit. Tetapi bagi yang biasa bersenam,pendakian hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja(hehehehe..)


Laluan di celah batu besar...


Saya dan beberapa rakan lain sampai di atas kurang dari 30 minit. Dan oh Tuhan.... pemandangan memang luarbiasa, dengan menggunakan kamera telefon saya cuba merakam gambar untuk dikongsi bersama....





Jika berada di sini pada sebelah pagi atau petang,mungkin pencahayaan yang lebih menarik dan hasil gambar akan lebih menarik. Kami cuma berada di atas selama 15 minit sahaja memandang ramai orang dan agak sesak di situ.

Beberapa rakan lain mengambil masa agak lama sedikit jadi sementara menunggu mereka,kami mengambil masa untuk makan tengahari ( makanan kami beli dan bungkus dari Semporna) saya juga mengambil peluang untuk merakam beberapa keping gambar di sekitar Jeti.


Snorkeling dibenarkan di sini

Sebelum saya lupa, di sini juga merupakan tempat pemeliharaan dan pembiakan Kima gergasi.




Destinasi kami seterusnya adalah ke Pulau Sibuan untuk snorkeling........ perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Pulau Bohey.

Pulau Sibuan merupakan pulau kecil yang menjadi penempatan lebih kurang 8 buah rumah kaum Bajau Laut.

Kami menghabiskan masa sekitar 2 jam menikmati keindahan dasar laut yang dipenuhi dengan hidupan dan tumbuhan laut yang cantik.


Rumah Kaum Bajau Laut

Anak-anak bermain seharian di tepian pantai

Keindahan ciptaan Tuhan

Pulau Bodgaya kelihatan jauh dari Sibuan

Kami bertolak ke tanah besar pada jam 3.30 petang.
Para pengunjung tidak perlu risau tentang soal keselamatan kerana setiap pulau ada ditempatkan kakitangan keselamatan yang lengkap bersenjata yang berkawal setiap masa.