Saturday, May 31, 2014

Satu malam yang tenang, saya duduk menghirup nescafe 3in1 sambil menonton rancangan TV. Mata saya tertumpu kepada skrin tv 40" namun fikiran saya melayang jauh memikirkan perkara yang pernah saya lakukan dalam hidup. Negeri Sabah dengan keluasan 73,631 km persegi ini pun belum saya terokai sepenuhnya. Saban tahun pelancong asing datang ke negeri ini untuk melihat keunikan budaya serta kekayaan alam semulajadi di sini.

Lalu saya berdiri dan mengambil beg kamera DSLR Canon 60D saya yang saya beli lebih kurang 3 tahun yang lepas, badan kamera masih cantik, tetapi saya dapati terdapat fungus pada lensa 18-135mm saya. Wah, sudah berapa lama saya tidak menggunakan kamera ini ? Saya suka fotografi, saya tidak pandai mengambil gambar yang cantik tetapi saya mungkin boleh mengambil gambar yang unik dari perspektif saya. Saya mesti berjalan dan mengambil seberapa banyak gambar untuk dikongsi bersama.


Saya bertekad untuk memulakan perjalanan saya merentasi negeri Sabah tercinta dahulu sebelum cuba untuk pergi lebih jauh. Perjalanan ini mudah, berjalan tanpa arah, tanpa dirancang dan berhenti dimana sahaja untuk merakamkan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran.

Semoga segala yang dirakam dalam mikrochip kamera saya dapat memberikan sedikit info atau inspirasi kepada sesiapa sahaja yang singgah dan membaca blog ini.
Misty morning, Kg Kibbas, Ranau


No comments:

Post a Comment