Wednesday, October 21, 2015

MALIAU BASIN 14-17 OKT 2015 - ROUND TRIP ( AGATHIS-NEPENTHES-GINSENG-AGATHIS) Day 3

Saya bangun pada jam 5.00pagi, selepas membantu menyediakan sarapan pagi, saya bersama dengan Jane dan Ed memanjat pokok untuk menikmati matahari terbit dari pokok yang saya anggarkan lebih 100 kaki tingginya. Jam 6 pagi Tiffany dan Jaya naik menemani kami di atas.



Sun rise dari atas pokok



Selepas sarapan pagi, kami memulakan perjalanan tepat 7.40 pagi. Perjalanan kali ini agak jauh iaitu 6.5km ke persimpangan ke Ginseng Camp dan Maliau Falls. Dari situ kami gantung beg di tempat yang disediakan seterusnya berjalan sejauh 5km ke Maliau Falls.



Sebelum bertolak

Perjalanan dari Nepenthes ke simpang Maliau Falls agak mudah, sepanjang perjalanan kita akan melihat beberapa spesis nepenthes(periuk kera)







KM 4.5

Km 6.5 - simpang ke Maliau Falls dan Ginseng Camp

Perjalanan sejauh 5km ke Maliau Falls kebanyakannya adalah menuruni bukit, tidak dapat bayangkan azab apabila balik nanti kerana terpaksa menempuh perjalanan ini semula tetapi mendaki bukit pula....huhuhu...

Kami tiba di Maliau Falls pada jam 1.00 petang, wow..penat lelah hilang sekelip mata apabila melihat keindahan air terjun ini. Memang sangat2 berbaloi untuk datang ke sini. Keindahan sebenar hanya boleh dilihat melalui mata tetapi tidak ada kata-kata yang dapat menjelaskannya.

MALIAU FALLS

Lobah Camp KM 2.5

Boleh mandi kah tidak ni..?





Yeah..... :)



Menikmati lunch..wah sioknyaa


Seperti yang saya katakan tadi, perjalanan balik adalah sangat sukar hehe... terpaksa mendaki bukit sejauh hampir 5km untuk balik ke simpang.


Saya tiba di simpang pada jam 4.00 petang. Perjalanan seterusnya ke Ginseng Camp sejauh 700m tetapi oleh sebab terlalu penat jarak ini seperti 1.5km jauhnya.


Kumpulan saya tiba di Ginseng pada tepat jam 5.00 petang. Selepas berehat sebentar seperti biasa saya, Amy dan Tiffany menyediakan makan malam. Terdapat juga air terjun berdekatan dengan kem ini
(Air Terjun Ginseng).

GINSENG CAMP










Penginapan di sini cukup untuk 20 orang dan lebih selesa berbanding Nepenthes. Oleh sebab perjalanan jauh lebih kurang 18km, jam 8.00 malam hampir semua sudah berada di atas katil.....ZZzzZZZzzzZZ

MALIAU BASIN 14-17 OKT 2015 - ROUND TRIP ( AGATHIS-NEPENTHES-GINSENG-AGATHIS) Day 2

Saya bangun jam 5.00 pagi, kedengaran bunyi orang menyediakan makanan di dapur. Terima kasih kepada Amy dan Nancy yang sentiasa bertungkus lumus menyediakan makanan sepanjang ekspedisi ini :).




Misty morning...







Awal diurang bangun...


Selepas sarapan pagi, beberapa orang peserta membeli keperluan akhir termasuk stoking pacat dan makanan ringan seterusnya kami dibawa ke Base Camp pertama iaitu Agathis Camp menggunakan kenderaan pacuan 4 roda.

Agathis Camp- Kem ini telah dirosakkan oleh
gajah liar baru-baru ini. Dalam proses
pembaikan.

Bersedia untuk memulakan ekspedisi

Selepas menyediakan kelengkapan, kami memulakan perjalanan  tepat jam 9.30 pagi dengan 18 orang peserta bersama dengan 3 orang renjer hutan dan 2 orang porter.


Dua kilometer pertama adalah perjalanan yang sukar kerana terpaksa mendaki laluan yang curam, terdapat laluan yang mana terpaksa menggunakan tangga setinggi 20 kaki. Perjalanan agak sukar ditambah dengan beg yang dibawa yang rata-rata membawa 6-10kg. Berat ideal untuk satu beg saya sarankan di bawah 8kg. Jika tidak mampu untuk mengangkat beg sendiri, perkhidmatan porter disediakan dengan bayaran rm100 bagi 12kg/sehari. Perjalanan pertama adalah sejauh 7.5km dari Agathis ke Nepenthes Camp.

Come on David

Km 2



Kumpulan pertama sampai di Nepenthes Camp 
(Camel Trophy Camp) pada jam 12.53. Saya tiba agak lewat sedikit iaitu jam 1.38pm. Kem pertama ini menyediakan kemudahan asas seperti bilik tidur, dapur dan tandas. Terdapat 3 air terjun yang boleh dilawat di sekitar camp ini iaitu Takob-akob, Giluk dan Panorama.


Nepenthes Camp

Aktiviti malam2..

Antara plak yang dilekatkan oleh orang
yang pernah menginap di sini... :)



Nepenthes Camp.
 Dulu dipanggil Camel Trophy Camp- peserta camel trophy
mengambil masa 48 jam sahaja untuk menyiapkan kem ini.

Hanya beberapa orang yang pergi ke air terjun, kami mengambil keputusan untuk berehat sahaja. Penat bah pok.......

Kepada yang tidak gayat bolehlah memanjat pokok di belakang camp untuk menikmati panorama di sekitar camp.


Makan malam disediakan seawal jam 6 petang. Selepas makan, kebanyakan peserta masuk ke bilik dan berehat. Dinasihatkan agar barang-barang makanan dan kasut disimpan di tempat yang selamat kerana sejenis makhluk bergerak bebas pada waktu malam hehehe...


Thanks yaa...

Malayan civet, Viverra tangalunga


MALIAU BASIN 14-17 OKT 2015 - ROUND TRIP ( AGATHIS-NEPENTHES-GINSENG-AGATHIS) Day 1

Ekspedisi ini telah dirancang seawal bulan Mei oleh En David. Pada awalnya, peserta adalah terdiri daripada kakitangan Hospital Tuaran. Oleh sebab kurang sambutan maka ekspedisi telah digabungkan dengan kakitangan dari Hospital Tawau.


MALIAU BASIN







Senarai peserta : David,Amy,Nancy,Latimah,Arnold,Ricaldo,Ryan,Jamal,Jenipius,Tiffany,Izraedora
Jane,Emelia,Mahfuzah,Azuen,Edlina,Natassha dan Jayalina


Kami bertolak dari Hospital Tuaran lebih kurang jam 8.00 pagi, perjalanan melalui jalan Kimanis agak mencabar kerana laluan mendaki bukit ini memang terkenal dengan kecuramannya.


Puncak Jalan Kimanis

Kami singgah makan tengahari di Pekan Keningau kemudian meneruskan perjalanan ke Maliau Basin menggunakan jalanraya Kalabakan. Kami tiba di main gate sekitar jam 3.00 petang. Kami dibawa oleh 4 kenderaan pacuan empat roda sejauh 27km untuk ke Maliau Basin Studies Center.



Selepas pendaftaran, kami dibawa ke penginapan dan seterusnya menyediakan makan malam.



Pendaftaran

Menyediakan Makan Malam

Hostel

Dapur

Bakas (babi hutan) sudah menjadi penduduk tetap di sini.


wefie..bah


Selepas makan malam, kami diminta untuk berkumpul di auditorium untuk menonton video pengenalan tentang Maliau Basin seterusnya ke gallery untuk taklimat seterusnya.

Taklimat perjalanan

Model 3D Maliau Basin

Kami masuk ke bilik masing-masing seawal 9.30 malam, rehat yang cukup diperlukan untuk perjalanan esok.