Saya bangun jam 5.00 pagi, kedengaran bunyi orang menyediakan makanan di dapur. Terima kasih kepada Amy dan Nancy yang sentiasa bertungkus lumus menyediakan makanan sepanjang ekspedisi ini :).
|
Misty morning... |
|
Awal diurang bangun... |
Selepas sarapan pagi, beberapa orang peserta membeli keperluan akhir termasuk stoking pacat dan makanan ringan seterusnya kami dibawa ke Base Camp pertama iaitu Agathis Camp menggunakan kenderaan pacuan 4 roda.
|
Agathis Camp- Kem ini telah dirosakkan oleh
gajah liar baru-baru ini. Dalam proses
pembaikan. |
|
Bersedia untuk memulakan ekspedisi |
Selepas menyediakan kelengkapan, kami memulakan perjalanan tepat jam 9.30 pagi dengan 18 orang peserta bersama dengan 3 orang renjer hutan dan 2 orang porter.
Dua kilometer pertama adalah perjalanan yang sukar kerana terpaksa mendaki laluan yang curam, terdapat laluan yang mana terpaksa menggunakan tangga setinggi 20 kaki. Perjalanan agak sukar ditambah dengan beg yang dibawa yang rata-rata membawa 6-10kg. Berat ideal untuk satu beg saya sarankan di bawah 8kg. Jika tidak mampu untuk mengangkat beg sendiri, perkhidmatan porter disediakan dengan bayaran rm100 bagi 12kg/sehari. Perjalanan pertama adalah sejauh 7.5km dari Agathis ke Nepenthes Camp.
|
Come on David |
|
Km 2 |
Kumpulan pertama sampai di Nepenthes Camp
(Camel Trophy Camp) pada jam 12.53. Saya tiba agak lewat sedikit iaitu jam 1.38pm. Kem pertama ini menyediakan kemudahan asas seperti bilik tidur, dapur dan tandas. Terdapat 3 air terjun yang boleh dilawat di sekitar camp ini iaitu Takob-akob, Giluk dan Panorama.
|
Nepenthes Camp |
|
Aktiviti malam2.. |
|
Antara plak yang dilekatkan oleh orang yang pernah menginap di sini... :) |
|
Nepenthes Camp. Dulu dipanggil Camel Trophy Camp- peserta camel trophy mengambil masa 48 jam sahaja untuk menyiapkan kem ini. |
Hanya beberapa orang yang pergi ke air terjun, kami mengambil keputusan untuk berehat sahaja. Penat bah pok.......
Kepada yang tidak gayat bolehlah memanjat pokok di belakang camp untuk menikmati panorama di sekitar camp.
Makan malam disediakan seawal jam 6 petang. Selepas makan, kebanyakan peserta masuk ke bilik dan berehat. Dinasihatkan agar barang-barang makanan dan kasut disimpan di tempat yang selamat kerana sejenis makhluk bergerak bebas pada waktu malam hehehe...
|
Thanks yaa... |
|
Malayan civet, Viverra tangalunga |
No comments:
Post a Comment