Wednesday, October 21, 2015

MALIAU BASIN 14-17 OKT 2015 - ROUND TRIP ( AGATHIS-NEPENTHES-GINSENG-AGATHIS) Day 4

Agak malas bangun awal hari ini, memikirkan ekspedisi ini sudah sampai ke penghujung perasaan berbaur sedih,gembira dan macam2 lagi. Kami menyediakan sarapan ala kadar sahaja. Sebelum saya lupa, setiap peserta hendaklah membawa kontena masing2 untuk tapau makan tengahari, setiap hari.



Kami memulakan perjalanan balik ke Agathis Camp iaitu sejauh 9.5km pada jam 8.40 pagi.




Bergambar sebelum memulakan perjalanan terakhir




500 meter pertama adalah pendakian tetapi agak mudah berbanding sebelum ini,selepas itu perjalanan menurun membolehkan kami berjalan dengan cepat.



Kami tiba di Kem Agathis pada jam 1.00 petang. Kami mengambil kesempatan untuk mandi sungai dan makan tengahari sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu.






Ekspedisi ini agak sukar, setiap peserta mestilah bersedia secara fizikal sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi. Dengan kos di bawah rm500.00 ekspedisi ini sangat berbaloi kerana flora dan fauna serta keindahan air terjun di sini hanya boleh dirasai jika anda sendiri ke tempat ini.







2 comments: