Saturday, October 8, 2016

EKSPEDISI GUNUNG TRUS MADI 01-02HB OKTOBER 2016

Gunung Trus Madi

Gunung Trus Madi merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu,walaupun ketinggian hanya 2642 meter dari paras laut tetapi cabaran mendaki adalah jauh lebih susah berbanding Gunung Kinabalu. Terletak di daerah Tambunan,gunung ini boleh didaki melalui 3 laluan iaitu dua laluan dari  Keningau manakala satu lagi dari Tambunan .Antara ketiga-tiga laluan,laluan dari Tambunan merupakan laluan yang sudah dimajukan.

Jarak perjalanan dari permulaan pendakian ke puncak adalah berbeza iaitu 

1. Kaingaran (Tambunan) 4.9km
2. Mastan ( Keningau ) 4.3km
3. Sinua ( Keningau) 11.3km

Trip kami telah memilih laluan Kaingaran kerana ianya lebih dekat dan lebih maju dari segi fasiliti.

Day 1 ( 01.10.2016)

Kami bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 8.00 pagi menuju ke Tambunan. Kami tiba di Pekan Tambunan pada jam 9.30 pagi,selepas melapor diri ke pejabat agen kami mencari restoran untuk mengisi perut kerana makan malam hanya akan disediakan pada jam 6.00 petang nanti..


Dengan menggunakan 3 buah kereta pacuan 4 roda, kami bertolak ke Forest Gate pada jam 11.30 pagi. Perjalanan sejauh 17km agak mencabar dengan keadaan jalan raya tidak berturap dan penyelenggaraan yang kurang baik.

Pelawat perlu mendaftar di Forest Gate,setiap kenderaan juga perlukan permit dengan bayaran Rm100.00 bagi satu kenderaan.
Forest Gate sebelum meneruskan perjalanan ke Starting Point



Pendaftaran

Tandas menarik di gate

Perjalanan seterusnya lebih kurang 30 minit ke starting point dengan jarak 10km juga melalui jalan tidak berturap. Kami tiba di starting point pada jam 1.00 petang. Setelah membuat pemeriksaan akhir,kami memulakan perjalanan mendaki. Hujan renyai-renyai menyebabkan laluan agak licin. Perjalanan sejauh 2km ke rest house sangat mudah kerana laluan jambatan kayu(boards walk) disediakan. Empat orang daripada kami mengambil masa kurang dari 1 jam untuk sampai ke rest house,selebihnya mengambil masa hampir 1 jam 20 minit.

Laluan ke rest house


Selepas berehat seketika, kami meneroka sekitar rest house, terdapat banyak tumbuhan menarik antaranya beberapa spesis periuk kera. Cuaca di rest house agak sejuk dan sangat sesuai untuk menghirup minuman panas yang disediakan sekitar jam 4.00 petang.

Rest House di kilometer 2.
Empat orang untuk satu bilik.
Tilam,bantal dan sleeping bag disediakan.

Tandas yang bersih



Makan malam disediakan awal iaitu jam 6.00 petang, setelah selesai makan  malam satu persatu masuk ke bilik untuk berehat kerana terpaksa bangun pada jam 1.00 pagi untuk persediaan mendaki ke puncak.

Day 2 ( 02.10. 2016)

Sarapan pagi dengan mee goreng dan telur nampaknya memberikan tenaga untuk memulakan pendakian ke puncak pada jam 2.00 pagi. Laluan berkayu tamat 200m dari rest house. Pendakian seterusnya adalah laluan berlumpur yang sempit dan banyak halangan. Kadang kala kami terpaksa merangkak kerana batang kayu yang menghalang jalan. Beberapa laluan terpaksa menggunakan tali untuk mendaki pada kecuraman 80-90 darjah.

Sarapan sebelum memulakan pendakian ke puncak
Penghujung laluan jambatan kayu

Laluan seterusnya 


Walaupun jarak ke puncak hanya 2.9km tetapi kami mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit untuk sampai. Kami berjaya menawan puncak gunung pada jam 5.30am iaitu beberapa minit sebelum matahari terbit. Saya agak kecewa sedikit kerana matahari terbit dilindungi oleh awan di ufuk timur. Walaubagaimanapun gunung Kinabalu kelihatan tersergam indah di kejauhan. Malim yang mengiringi kami menjelaskan bahawa kami agak bertuah kerana masih dapat melihat gunung Kinabalu kerana beberapa hari sebelum agak sukar melihat persekitaran kerana kabus yang tebal.


Sunrise dari puncak

Sunrise dari puncak

Kinabalu dari tower

We made it...

Suhu agak sejuk di puncak sehingga tangan dan muka menjadi kebas. Saya dan beberapa rakan lain tidak menunggu lama berada di puncak, kami bergegas turun dan pergi ke tower yang terletak lebih kurang 300m dari puncak.

Perjalanan turun untuk ke rest house mengambil masa 2 jam 30 minit. Semasa perjalanan turun adalah peluang melihat pemandangan cantik dengan tumbuh-tumbuhan yang menarik sepanjang laluan. Ini kerana semasa mendaki ke puncak suasana masih gelap.

Untuk ke puncak, para pendaki perlu mendaki dua puncak yang agak mencabar. Puncak pertama agak rendah tetapi perjalanan menurun ke kaki puncak kedua agak curam. Puncak kedua hampir sama tinggi dengan puncak utama. Pendakian ke puncak kedua yang saya rasa sangat memenatkan.


2nd peak


Kami tiba di rest house pada jam 9.00am. Makan tengahari disediakan awal. Selesai mengambil makan tengahari kami mendahului pendaki lain untuk turun ke starting point. 

Kami seterusnya balik ke Pekan Tambunan untuk mengambil sijil dan meneruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu.

Para peserta Group Hospital Tuaran 01-02 Oktober 2016

Jenipius Lumbog
Tiffany Yap
Ryan Paul
Diane Christine
Stella Stephen
Stanley Stephen
Nancy Siambat
Ricaldo G.Mojutin
Maurine Sarabun
Siti Nurliana
Mohd. Nurizam
Fayrell John

Berikut adalah sedikit info kos untuk mendaki Trus Madi 

Travel Agent : 
Mount Trusmadi Travel & Tours ( Tel 087-771312) 
Email: widuresorttbn@yahoo.com

Harga yang ditawarkan untuk tahun 2016

2 hari 1 malam

  • 1 pax : Local RM1200 & Intl : RM1330
  • 2 pax : Local RM800 & Intl : RM 900/pax
  • 3 pax : Local RM650 & Intl: RM850/pax
  • 4 pax & above : Local RM600 & Intl : 650/pax
Day Trip

  • 1 pax : Local RM950 & Intl : RM1050
  • 2 pax : Local RM600 & Intl : RM650/pax
  • 3 pax : local RM500 & Intl : RM550/pax
  • 4 pax & above : Local RM400 & Intl : RM500/pax

* Semua gambar diambil menggunakan telefon bimbit.

Friday, February 26, 2016

TRIP KE PULAU BOHEY DULANG-SIBUAN 24 FEB 2016

Bohey Dulang merupakan salah satu destinasi yang berada dalam senarai saya. Sudah lama saya berangan-angan untuk sampai ke situ. Melalui gambar-gambar yang kawan saya post di fb,blog,dsb,saya sangat tertarik dengan keindahan gugusan pulau tersebut.

Pulau Bohey Dulang terletak 23km dari Bandar Semporna. Perjalanan menggunakan bot laju adalah mengambil masa 30 hingga 40 minit bergantung kepada keadaan laut. Jika ombak kuat maka perjalanan akan mengambil masa yang lama.
Gugusan Pulau Bohey Dulang dan Bodgaya kelihatan berbentuk ladam kuda dari atas. 

Kami bertolak dari Jeti Pelancong di Kampung Bangau-bangau pada jam 10.15 pagi. Ketibaan kami di jeti Pulau Bohey disambut dengan suasana bingit dari pelancong lain yang agak ramai pada hari tersebut.

Laluan ke pejabat resepsi

Bukit yang perlu didaki terletak di sebelah kiri



Kami terpaksa menunggu seketika untuk memberi laluan kepada pelancong yang terdahulu untuk mendaftar. Untuk menikmati pemandangan di sekitar pulau, kita perlu mendaki bukit setinggi 600m. Trek pendakian difahamkan lebih mudah berbanding dahulu,tangga sudah disediakan dengan trek yang lebih senang tanpa pendakian curam. 

Sebelum pendakian bermula,kakitangan dari Taman-taman Sabah memberikan sedikit taklimat. Untuk yang mempunyai masalah kesihatan adalah dinasihatkan untuk tidak mendaki. Masa pendakian biasa adalah sekitar 40 minit. Tetapi bagi yang biasa bersenam,pendakian hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja(hehehehe..)


Laluan di celah batu besar...


Saya dan beberapa rakan lain sampai di atas kurang dari 30 minit. Dan oh Tuhan.... pemandangan memang luarbiasa, dengan menggunakan kamera telefon saya cuba merakam gambar untuk dikongsi bersama....





Jika berada di sini pada sebelah pagi atau petang,mungkin pencahayaan yang lebih menarik dan hasil gambar akan lebih menarik. Kami cuma berada di atas selama 15 minit sahaja memandang ramai orang dan agak sesak di situ.

Beberapa rakan lain mengambil masa agak lama sedikit jadi sementara menunggu mereka,kami mengambil masa untuk makan tengahari ( makanan kami beli dan bungkus dari Semporna) saya juga mengambil peluang untuk merakam beberapa keping gambar di sekitar Jeti.


Snorkeling dibenarkan di sini

Sebelum saya lupa, di sini juga merupakan tempat pemeliharaan dan pembiakan Kima gergasi.




Destinasi kami seterusnya adalah ke Pulau Sibuan untuk snorkeling........ perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Pulau Bohey.

Pulau Sibuan merupakan pulau kecil yang menjadi penempatan lebih kurang 8 buah rumah kaum Bajau Laut.

Kami menghabiskan masa sekitar 2 jam menikmati keindahan dasar laut yang dipenuhi dengan hidupan dan tumbuhan laut yang cantik.


Rumah Kaum Bajau Laut

Anak-anak bermain seharian di tepian pantai

Keindahan ciptaan Tuhan

Pulau Bodgaya kelihatan jauh dari Sibuan

Kami bertolak ke tanah besar pada jam 3.30 petang.
Para pengunjung tidak perlu risau tentang soal keselamatan kerana setiap pulau ada ditempatkan kakitangan keselamatan yang lengkap bersenjata yang berkawal setiap masa.