Saya meneruskan perjalanan ke Daerah Bintulu, jarak perjalanan lebih kurang 100km dari Pekan Niah. Saya mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai ke destinasi.
Saya dapati jalan raya yang menghubungkan Niah dengan Bintulu keadaannya agak teruk. Terdapat banyak bekas lubang yang menyebabkan jalan agak kasar. Pemanduan kali ini yang terburuk setakat ini.
Saya tiba di Bandar Bintulu menjelang tengahari. Bandar ini agak usang berbanding bandar Miri. Kelibat orang asing dalam tekaan saya dari Indon agak ramai di sini.
Selepas mencari tempat penginapan, saya keluar dari hotel dan berjalan-jalan di sekitar bandar. Agak sukar mencari tempat yang menarik di sini kecuali Waterfront yang dibina sepanjang sungai.
Setelah penat berjalan, saya mengambil keputusan untuk makan malam lebih awal dan balik ke hotel untuk berehat.
|
Bangunan Bintulu Development Authority |
|
Tokong Cina di Water Front |
|
Bintulu Water Front |
|
Kapal Terbiar di Water Front |
|
Restoran Cantik di Water Front |
|
Sekali sekala bot melintas laju |
|
Kapal Nelayan Berlabuh di Hadapan Hotel |
|
Semangat Merdeka |
Kenapa ko tia pigi main gop sini? paling mencabar oh..dan cantik lagi...affilted Kudat tu
ReplyDeleteaiyaa sayang ohh.... tapi saya tidak bawa gop set bah...
ReplyDeleteAda juga pula pti sana...
ReplyDeletehaha ramai juga tapi mcm tdk lawan KK
ReplyDelete