Sunday, September 14, 2014

JAMBATAN KUALA PENYU DAN ESPLANADE SIPITANG

Hari ini saya telah berjalan sejauh  285 kilometer bermula dari Tuaran-Kota Kinabalu-Papar-Kuala Penyu-Beaufort-Sipitang dan Lawas. Perjalanan agak perlahan pada awalnya disebabkan kenderaan yang banyak. Jalan raya agak membosankan kerana hanya mendatar serta kebanyakannya lurus.

Saya singgah di beberapa tempat,agaknya hari ini merupakan hari tamu kerana hampir setiap pekan yang saya lalui penuh sesak dengan kenderaan dan kelihatan gerai-gerai jualan di sana sini.
Tembikai...


Merah..kuning..merah..kuning


Bilis murah


Menyusur lebuhraya Papar- Kuala Penyu agak menarik dengan deretan gerai-gerai yang menjual tembikai dan ikan bilis yang murah. Saya berhenti di salah satu gerai dan sempat merasa tembikai kuning dan memang amat manis isinya.

Perjalanan saya teruskan dan melalui jalan Kampung Pimping saya cuba untuk menjejak jambatan Kuala Penyu yang dikhabarkan antara yang terpanjang di Sabah. Melalui jalan-jalan kampung agak merisaukan saya kerana saya tidak pasti jalan raya yang saya lalui akan membawa saya ke jambatan tersebut ataupun pergi ke tempat lain.
 
Landasan kereta api.... 


Jambatan KP dari arah KK


Jambatan KP dari KP la...hhehee




Saya berhenti untuk makan tengahari di Pekan Kuala Penyu, nampaknya nasi ayam bakar yang saya pesan amat menyelerakan sehinggakan saya tidak sedar menghabiskannya dalam masa yang singkat... orang disebelah mangkali hairan tengok saya melahap paha ayam yang dicecah dengan sambal yang suam-suam kuku saja rasa pedasnya.

Saya meneruskan perjalanan ke Beaufort, selepas mengelilingi pekan Beaufort saya menyeberang jambatan dan seterusnya memecut ke Sipitang. Jalanraya Beaufort-Sipitang agak berbeza semasa saya melaluinya 16 tahun yang lepas. Jalan agak kurang diselenggara dan banyak tampalan.... biasalah jalan raya di Sabahkan.

Saya tiba di Pekan Sipitang agak awal. Saya sempat mencuba sate Sipitang sambil duduk dengan pemandangan indah laut di Esplanade. Tahun 1998 saya pernah ke pekan ini, perbezaan agak ketara berbanding sekarang. Sipitang jauh lebih maju dan menarik berbanding dahulu.
 
Sipitang Esplanade






Saya teringat satu cerita dari kawan di Hospital Sipitang, seorang pegawai perubatan meminta pemandu kenderaan hospital untuk menghantarnya ke Klinik Lawas,(klinik ini adalah klinik swasta di kedai Sipitang). Oleh kerana pemandu tersebut baru dan belum mahir dengan Sipitang, maka beliau fikir pegawai tersebut memintanya untuk menghantar pegawai tersebut ke Pekan Lawas. Nah..takajut bah itu pegawai bila tebangun sampai di Lawas sudah..... hahaha

Sebelum melintas sempadan Sarawak, saya terpaksa melalui pemeriksaan imigresen Sindumin, pengalaman agak kurang baik kerana terpaksa menunggu hampir 50 minit untuk melepasi kaunter imigresen. Kenderaan agak banyak sehingga menyebabkan kesesakan di tempat tersebut. Saya dapati hanya satu kaunter dibuka. Kelewatan kerana proses imigresen ini menyebabkan saya terlewat daripada jadual asal untuk sampai ke Limbang pada hari ini.

Saya terpaksa mencari penginapan di Pekan Lawas dan akan meneruskan perjalanan saya esok ke Negara Brunei Darussalam. Selamat malam......




6 comments:

  1. Excellent....nice...sy terasa keghairahan nya...pergghhh...

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik.. membuat hati saya berkobar2 untuk mengembara di seluruh sabah.. teruskan cerita.. saya ingin mengetahui kisah selanjutnya

    ReplyDelete
  3. Aramai noohh..Ba billy.. kita bila lg mau mengembara... sy dgn gadi pernah ckap pasal mau mengembara ke seluruh sabah guna motor masa muda2 dulu... tp skarng motor pn dah jual...errr

    ReplyDelete
  4. Olundus kopio..harap dapat melihat keindahan panorama di tempat lain melalui catatan perjalanan ini

    ReplyDelete
  5. Wow!its amazing! :D very nice place!

    ReplyDelete