Monday, September 15, 2014

BRUNEI DARUSSALAM

Hujan turun pada subuh saya berada di Lawas, cuaca sejuk menyebabkan saya sukar untuk bangun. Saya selesai mandi berkemas dan sarapan pagi sekitar jam 7.30 pagi. Saya meneruskan perjalanan untuk merentas Negara Brunei Darussalam.
Sebahagian Pekan Lawas dari tingkap hotel
Untuk masuk ke Negara Brunei, saya terpaksa melalui banyak pos imigresen dan kastam. Saya hampir-hampir mengalami masalah apabila saya tidak mendaftarkan kenderaan saya di Pos masuk Brunei Ujung Jalan. Saya sepatutnya mendaftarkan kenderaan semasa memasuki Brunei di Pos Labu.

Walau bagaimanapun, pegawai kastam memberikan kelonggaran kepada saya untuk mengisi borang dan agak mengaibkan kerana saya terpaksa membuka bonet dan 'tiliu2' enjin untuk cari nombor chasis serta nombor enjin kenderaan...:D (Moral : bawa kad kenderaan)

Pos Imigresen Mengkalap.... semangat merdeka dengan bendera Negeri Sarawak terpacak di hadapan.
Pos Imigresen dan Kastam dari Sipitang hingga Miri

1. Sindumin - Keluar Sabah
2. Merapok - Masuk Sarawak
3. Mengkalap - Keluar Sarawak
4. Labu - Masuk Brunei ( perlu daftar kenderaan)
5. Ujung Jalan - Keluar Brunei
6. Pandawan - Masuk Sarawak
7. Tedungan - Keluar Sarawak
8. Kuala Lurah - Masuk Brunei
9. Sg Tujoh, Kuala Belait - Keluar Brunei
10. Sg Tujoh - Masuk Sarawak

Apa yang saya puji dengan jalan raya di Brunei adalah tanda jalan yang sangat lengkap. Sesiapa sahaja yang melalui jalan raya di sini pasti tidak menghadapi masalah untuk tunjuk arah. Saya juga melihat semua jalan di sini mempunyai lampu jalan walaupun jalan yang melalui kampung.

Saya tiba di ibu negara Brunei iaitu Bandar Seri Begawan menjelang tengahari. Cuaca yang agak redup amat membataskan saya untuk cuba mengambil gambar yang menarik. Saya berjalan menyusuri  laluan pejalan kaki yang bersih di sekitar bandar yang cantik ini.


Bangunan cantik di Banda Seri Begawan, Brunei

Saya agak tertarik dengan bangunan Masjid Omar Ali Saifuddien yang terletak di tengah-tengah bandar dengan kubah berwarna emas. Saya cuba untuk mendapatkan gambar dari berbagai arah. Saya dapati hari Isnin di sini agak lengang, saya hanya melihat sedikit orang sahaja di sekitar bandar.

Masjid Omar Ali Saifuddien




Selepas makan tengahari saya meneruskan perjalanan ke Miri melalui jalan Jerudong dan seterusnya ke Kuala Belait. Saya sempat singgah ke Kelab Golf Emperial, Khabarnya hotel di sana bersalut emas..!!!

Emperial Golf Club
Perjalanan kali ini agak kurang menarik, saya cuba mencari tempat-tempat yang menarik tetapi mungkin pemanduan melalui lebuh raya yang sangat mengujakan (boleh laju-laju) menyebabkan saya terlepas pandang tempat yang boleh dilawati....hehehe

Jalan raya menuju ke Lutong
Saya tiba di bandar Miri sekitar jam 3.30 petang... selepas mencari hotel, saya berjalan-jalan sekitar bandar Miri. Sekembalinya saya di hotel, sambil duduk di atas katil saya membayangkan Gua Niah...oh... gua terbesar di dunia.... esok saya akan masuk ke perut bumi melaluinya........ 

Perjalanan sejauh 315 kilometer agak memenatkan... selamat malam....

4 comments:

  1. Kirim salam dgn org miri.. nanti kamik pn mau datang miri jua..

    ReplyDelete
  2. ok iced..hahahaha
    okay.... tq pynah

    ReplyDelete
  3. Sindumin merapok sy masih ingat ketika ke Lawas tahun lalu bersama family..Ko tinggal di Hotel malaysia di Lawas tu kan...sy ingat view dia. Kenapa ko tdk ambil gambar sana waterfront tu

    ReplyDelete