Sunday, September 17, 2017

WHITE WATER RAFTING SUNGAI PADAS ( GRADE 3-4)

Sungai Padas merupakan sungai yang terletak di Daerah Tenom dan mengalir ke arah Beaufort. Terkenal dengan jeram yang deras panjang merupakan destinasi kami untuk melakukan aktiviti lasak pada kali ini.

Trip telah diuruskan oleh Dr Azmi dari Hospital Tuaran dan seramai 24 orang telah menyertai aktiviti ini pada 20hb Ogos yang lalu.

Kami bertolak seawal jam 5.00 pagi dari Kota Kinabalu menuju Beaufort. Keretapi akan bertolak pada jam 7.30 pagi jadi kami perlu berada di sana sebelum itu.


Stesen Keretapi Beaufort

Perjalanan kami difahamkan akan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Perjalanan menyusuri tebing Sungai Padas agak menarik dengan menggunakan keretapi. Kita dapat melihat pemandangan yang menarik di sepanjang sungai. 

Keretapi merupakan satu-satunya pengangkutan awam yang digunakan disini,oleh itu seperti bas mini,ianya akan berhenti untuk menurunkan dan mengambil penumpang hampir di setiap kampung yang dilalui.

Tambang yang dari Beaufort ke Pangi hanyalah RM2.20 sahaja untuk seorang.



Kami tiba di stesen keretapi Rayoh pada jam 10.00pagi. Stesen ini merupakan penghujung aktiviti rafting oleh itu semua peserta diminta untuk menyimpan barang-barang sebelum meneruskan perjalanan ke Pangi.

End Point di Rayoh merupakan tempat untuk menyimpan barang dan tempat makan serta mandi

Kami meneruskan perjalanan lebih kurang 30 minit untuk ke starting point. Selepas diberi taklimat dan memakai peralatan kelengkapan, kami memulakan aktiviti rafting sepanjang 10km melalui sungai yang deras.



Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam aktiviti rafting dan apa yang saya boleh katakan ialah, ianya memang menyeronokkan dan untuk yang tidak pandai berenang tidak perlu risau kerana ketua dalam boat akan sentiasa menjaga anda dengan meletakkan mereka sebagai penumpang sahaja.

Kami tiba semula di Rayoh pada jam 1 petang, semua peserta dijamu dengan makan tengahari yang enak. Selepas mandi, kami kembali ke Beaufort dengan keretapi yang bertolak pada jam 2pm.

Para peserta




No comments:

Post a Comment