Sunday, November 19, 2017

GUNUNG NUNGKOK KOTA BELUD SABAH

MENDAKI GUNUNG NUNGKOK 18-19 NOVEMBER 2017

Gunung Nungkok terletak di daerah Kota Belud berhampiran dengan Kampung Tambatuon yang jaraknya lebih kurang 30km dari Pekan Kota Belud. Untuk ke Kampung Tambatuon, anda boleh memandu dari Pekan Kota Belud menggunakan jalan Ranau Bypass dan simpang ke Tambatuon di sebelah kiri sebelum bermula jalan naik bukit ke Jalan Ranau-Tamparuli. 

Satu lagi jalan ke sini ialah melalui Jalan Ranau-Tamparuli dan masuk ke simpang Jalan Ranau By Pass berhampiran dengan Kampung Bongol.
Nungkok dari Rest House

Nungkok dari Pekan Nabalu ( Sumber foto google)


Day 1 ( 18th Nov 2017)

Kami bertolak dari Hospital Tuaran ke Kg Tambatuon pada jam 1.30 petang. Perjalanan ke Kg Tambatuon amat mudah melalui jalan berturap,cuma selepas masuk ke simpang dari Jalan Ranau Bypass, anda akan melalui jalan sempit yang terdiri daripada jalan berturap,simen dan batu kelikir.

Kami tiba di rumah penginapan lebih kurang jam 3.00 petang. Setelah selesai check in, kami bergegas ke pusat rekreasi sungai untuk mandi,"fish massage" dan bermain rakit tiub.
Rumah Penginapan (Sumber foto : Google)

Mandi sungai dan tubing....

Setelah puas mandi manda, kami kembali ke rumah penginapan untuk menyediakan makan malam. Rumah penginapan yang disediakan cukup selesa dan mempunyai segala kemudahan asas seperti tandas,bilik mandi,ruang karaoke dan pondok BBQ. Semasa makan malam,guide kami sempat bersama-sama dengan kami dan beliau memberikan sedikit gambaran tentang pendakian yang bakal kami lalui...  melalui cerita beliau sudah membuatkan kami gerun dengan jalan yang bakal ditempuh.

Cukup menyelerakan ? Terima kasih Dr Azmi, Amy dan Maurine untuk makan malam yang sedap.

Kami masuk tidur seawal jam 9 malam. Tepat jam 12.30 tengah malam,kedengaran beberapa peserta bangun menyediakan bekalan makanan untuk pendakian nanti.
Dengan sarapan ala kadar, kami berkumpul di pejabat urusetia pada jam 1.30 pagi. Setelah mendengar taklimat,kami dihantar ke Starting Point menggunakan kereta pacuan 4 roda. Agak malang bagi kami,oleh kerana keadaan jalan raya yang licin maka kenderaan hanya sampai ke kilometer 1 sahaja dan kami terpaksa berjalan kaki ke starting point melalui jalan kebun getah dengan kejauhan lebih kurang 2km.

Secara ringkas pendakian ke Nungkok adalah seperti yang berikut :

-Dari Kampung Tambatuon ke starting point (jarak 3km)
(Jalan tidak berturap melalui kebun getah)

-Dari starting point ke Dayaan (jarak 1.65km)
(Perjalanan mudah melalui hutan muda)
(Rafflesia area di km 1.33)

-Stage 1 Dayaan ke Ruminoo Peak (jarak 670m) di kilometer 2.32 memberikan kesukaran pada kadar moderate melalui jalan berbatu.

-Stage 2 Ruminoo Peak ke Wosoi Peak (jarak 440m) di kilometer 2.76 merupakan permulaan pendakian extreme dengan kecuraman sehingga 85 degree. Walaupun hanya 440 meter tetapi biasanya orang akan mengambil masa hampir 1 jam... 

Stage 3 Wosoi Peak puncak Nungkok (jarak 670m).

Day 2 19th November 2017

Kami memulakan pendakian pada jam 3.30 pagi. Guide kami menyarankan untuk membawa air secukupnya tetapi pastikan beg tidak terlalu berat supaya tidak menyukarkan pendakian. Saya cuma membawa air sebanyak 1 liter, saya hampir dehidrasi kerana bekalan air yang saya bawa tidak cukup. Nasib baik semasa kami naik adalah musim hujan jadi kami sempat mengisi botol air di anak sungai tetapi hanya semasa turun dari puncak.



Starting point ( Pada masa ini kemudahan tandas belum disediakan)
Pendakian bermula melalui jalan hutan muda dengan laluan yang mudah. Bermula dari Dayaan, jalan semakin sukar dengan batu-batu yang longgar menyebabkan kami melangkah dengan berhati-hati.

Kesukaran sebenar bermula dari stage 2 iaitu selepas puncak Ruminoo. Dengan kecuraman sehingga 85 degree ianya cukup memenatkan kerana hampir sepanjang pendakian menggunakan tali.

Satu kelegaan apabila sampai ke puncak Wosoi. Saya rasa seperti baru sahaja melalui kesengsaraan yang aduh..tuhan saja yang tau..hehe.

Dari Wosoi ke puncak adalah lebih kurang 700 meter, di sini kita akan melalui jalan rabung(ridge) iaitu curam di kiri dan kanan.

Kami berjaya sampai ke puncak pada jam 7.00am iaitu 5 minit sebelum matahari muncul disebalik gunung Kinabalu. Saat seperti ini adalah jarang dirasai oleh pendaki, kami amat bertuah kerana dapat melihat keindahan pada detik itu.

Sebelum turun kami mengisi perut untuk memberikan tenaga melalui jalan yang curam (arggggghhh..) Alangkah bestnya kalau ada helikopter mengambil kami dari atas..( ini Zaena yang cakap ahh)

Saya hampir terlupa, trail ke Nungkok ada pacat...hehe. Di atas puncak lagi banyak...

Kami tiba di starting point pada jam 11:30 pagi. Setelah berehat selama 30 minit kami meneruskan perjalanan ke pick up point dan tiba di pejabat urusetia pada jam 1.30 petang.
Kelihatan jalan Ranau-KK

Yeahh..

Saat matahari muncul di sebalik Kinabalu

Kasut paling manang

Yes..we did it

Selepas makan tengahari,kami sekali lagi mandi sungai sebelum balik ke Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang.

Gunung Nungkok saya boleh kategorikan sebagai antara pendakian yang paling mencabar. Berjaya menawan puncak ini kita merasakan puncak-puncak lain macam tiadalah....haha.


3 comments: